2025-10-29 HaiPress

Datuk Seri Amirudin Shari
SERDANG,29 Oktober - Selangor sedang giat menjalankan kajian dan dokumentasi bagi mewartakan seni fabrik telepuk sebagai warisan seni tekstil rasmi negeri.
Seni tradisional berasaskan benang emas itu menjadi antara elemen penting dalam kebudayaan istana dan adat Melayu Selangor.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata,ia dijangka dimuktamadkan tahun depan susulan proses itu memerlukan kajian mendalam serta dokumentasi terperinci sebelum diangkat sebagai warisan yang diiktiraf.
"Kita sedang ambil masa ada melibatkan dokumentasi dan sebagainya,kelingkan belum lagi itu pun dalam kajian lagi niasalah kita memerlukan kajian yang kukuh dan juga memerlukan dokumentasi yang utuh.
"Jadi sebelum kita hantar untuk kita gazetkan dan sebagainya kita kena ada justifikasi kena ada perincian terhadap terhadap elemen elemen yang kita nak gazetkan. Ia ambil masa mungkin tahun depan kita akan dapat muktamadkan nanti. Sekiranya kita dah ada kita akan rasmikan dan kita maklumkan," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Simposium Antarabangsa Komunikasi Warisan bertemakan Khazanah Warisan Cerminan Peradaban Bangsa di Universiti Putra Malaysia (UPM),di sini.
Penggunaan elemen seni tekstil warisan itu turut ditonjolkan ketika istiadat persandingan Pasangan Diraja Selangor Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur