2025-10-29 HaiPress

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz/BERNAMA
KUALA LUMPUR,29 Oktober -Kerajaan MADANI tidak pernah berkompromi dengan syarat pematuhan standard halal sepanjang rundingan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS).
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menjelaskan,tiada sebarang kelonggaran terhadap piawaian atau prosedur halal Malaysia,kerana Standard halal Malaysia ditentukan oleh Malaysia dan disahkan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Melalui Perjanjian ART,proses kelulusan pengimportan produk halal dari AS adalah kekal seperti sedia ada,iaitu dengan mematuhi keperluan standard halal Malaysia dan Akta Perihal Dagangan (Perintah Perihal Dagangan Perakuan & Penandaan Halal 2011) bagi tujuan perdagangan dalam Malaysia.
Katanya,perjanjian itu menetapkan hanya produk halal yang mendapat pengesahan halal dari badan pensijilan halal AS yang diiktiraf JAKIM dan memenuhi keperluan halal Malaysia sahaja akan diperakukan dan dibenarkan bagi tujuan eksport ke negara berkenaan.
"Ingin saya tekankan pengiktirafan JAKIM ke atas mana-mana badan pensijilan halal di AS adalah berdasarkan proses audit dan pengesahan yang ketat dengan menilai keupayaan dan tahap pelaksanaan pematuhan terhadap standard halal Malaysia. Ini bermakna kawalan penuh terhadap standard,penentuan kriteria dan pengiktirafan halal kekal berada bawah bidang kuasa JAKIM," katanya pada Sesi Kenyataan Menteri mengenai Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-AS,di Dewan Rakyat.
Dalam pada itu,Tengku Datuk Seri Zafrul berkata,Malaysia terus mengekalkan dasar melarang eksport unsur nadir bumi mentah (REE),bagi memastikan pembangunan industri hiliran tempatan.
Katanya lagi,Malaysia menggalakkan pelaburan asing dan perkongsian teknologi bagi aktiviti perlombongan REE mentah dalam membangunkan ekosistem industri domestik yang lebih bersepadu.
"Maknanya nilai tambah mesti berlaku di Malaysia,pekerjaan berkemahiran tinggi mesti diwujudkan di Malaysia. Teknologi pemprosesan mesti masuk ke Malaysia. Kita tidak mahu lagi menjadi negara yang hanya menggali menghantar keluar barang mentah murah seperti masa silam. Pada masa ini Malaysia menggalakkan pelabur pelaburan asing dan perkongsian bagi aktiviti perlombongan REE mentah dalam membangunkan ekosistem industri domestik yang lebih bersepadu," kataya.
Sehubungan itu,Malaysia mengalukan kerjasama strategik dengan pihak AS atau negara lain dalam pembangunan industri REE tempatan terutamanya potensi kerjasamatiga hala antara pihak Malaysia,AS dan Australia (Lynas).
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur