2025-10-29 HaiPress

Majlis Pra-Pelancaran Projek ‘I Lite U’ atau Projek Inovasi Pencahayaan Ke Arah Kelestarian Bandar sempena Tahun Melawat Malaysia 2026
KUALA LUMPUR,29 Oktober - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sebanyak RM2 juta kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam inisiatif merancakkan sektor pelancongan di ibu negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),Nga Kor Ming berkata,peruntukan itu untuk memperindah lagi ruang awam di persekiitaran Bukit Bintang melalui projek 'I Lite U'.
"Dengan sukacitanya saya mengumumkan bahawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Tourism Malaysia,yang mencerminkan semangat kerja berpasukan selaras dengan pendekatan Kerajaan Madani,di mana semua kementerian dan agensi berganding bahu dalam usaha menyambut kedatangan pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
"Sebagai permulaan,KPKT memperuntukkan dana khas berjumlah RM2 juta kepada DBKL bagi merancakkan inisiatif pencahayaan di kawasan ibu negara,khususnya di Segi Tiga Emas dan Bukit Bintang. Berdasarkan prinsip padanan dana ‘1 dollar to 1 dollar’,Datuk Seri Dr Maimunah telah bersetuju untuk menambah peruntukan sebanyak RM2 juta lagi,menjadikan jumlah keseluruhan RM4 juta," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis Pra-Pelancaran Projek ‘I Lite U’ atau Projek Inovasi Pencahayaan Ke Arah Kelestarian Bandar sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 di ibu negara hari ini.
Projek yang menyokong agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030 itu turut melibatkan beberapa organisasi seperti Alam Flora bagi memastikan kawasan Bukit Bintang sentiasa bersih,ceria dan juga mampan.
Projek itu akan dirasmikan Perdana Menteri,Datuk Anwar Ibrahim pada 3 Januari 2026.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur