2025-10-29 HaiPress

Timbalan Menteri KBS,Adam Adli Abdul Halim
KUALA LUMPUR,29 Oktober - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyatakan kesediaan menyokong penganjuran aktiviti permotoran berskala besar,selagi ia mematuhi aspek keselamatan serta undang-undang yang ditetapkan.
Timbalan Menteri KBS,Adam Adli Abdul Halim berkata program sedemikian merupakan usaha baik bagi menghidupkan aktiviti ekonomi dan sosial di sesebuah bandar.
Namun pelaksanaannya perlu terancang dan melibatkan kerjasama pelbagai pihak.
"Kita lihat acara (Himpunan RXZ Members) usaha baik untuk hidupkan satu-satu bandar,KBS menyokong,cuma perlu memastikan penganjuran mengikut lunas undang-undang dan diteliti dari pelbagai aspek termasuk impak terhadap ekonomi tempatan," katanya ketika menjawab soalan Nurul Amin Hamid (PN–Padang Terap) di Dewan Rakyat,hari ini.
Adam turut menjelaskan bahawa KBS tidak merancang untuk membina litar drag di setiap negeri berikutan kos pembinaan dan penyelenggaraan yang tinggi.
Katanya,kementerian menyambut baik sebarang inisiatif pembinaan litar baharu yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri,pihak berkuasa tempatan (PBT) atau mana-mana pihak lain.
“Pembinaan dan penaiktarafan fasiliti sukan adalah tanggungjawab kolektif yang memerlukan kerjasama antara kerajaan pusat,negeri dan pihak berkuasa tempatan,” katanya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur