2025-10-29 HaiPress

Datuk Fahmi Fadzil/ BERNAMA
PUTRAJAYA,29 Oktober - Malaysia sekali lagi membuktikan keupayaan di pentas antarabangsa apabila berjaya menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan siri sidang berkaitan dengan penuh gemilang,sekali gus menonjolkan negara sebagai kuasa diplomasi penting di rantau Asia dan dunia.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata,penganjuran kali ini bukan sahaja berjalan lancar,malah memperlihatkan kecekapan dan kehebatan diplomasi Malaysia di mata dunia.
"Kita mungkin tidak memiliki kekuatan ketenteraan atau senjata nuklear,tetapi kekuatan kita ialah pada cara kita menyantuni tetamu,mengurus protokol,dan memastikan segala urusan berlangsung tanpa cacat cela. Itu yang membuat dunia menghormati Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jasamu Dikenang Kementerian Komunikasi 2025 di sini.
Acara selama tiga hari yang berlangsung di Kuala Lumpur itu menghimpunkan barisan pemimpin dunia daripada Amerika Syarikat,negara-negara BRICS,Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Ia menandakan keyakinan global terhadap kemampuan Malaysia dalam mengemudi perbincangan serantau dalam suasana geopolitik dan ekonomi yang mencabar.
Majlis itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa,Ketua Pengarah Penyiaran,Datuk Suhaimi Sulaiman dan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nurul Afida Kamaludin.
Sementara itu,sidang kemuncak kali ini turut mencatat sejarah tersendiri dengan kehadiran Presiden FIFA Gianni Infantino,selain tokoh-tokoh antarabangsa lain.
"Kehadiran mereka amat bermakna dan bersejarah. Saya berharap kejayaan ini menjadi kebanggaan rakyat Malaysia,bukti bahawa kita mampu berdiri sama tinggi dengan negara-negara besar,"
katanya lagi.
Penganjuran berprestij itu turut memberi kesan positif kepada pasaran kewangan apabila Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS pada pagi selepas sidang kemuncak berakhir,meningkat kepada 4.188 berbanding 4.193 sebelumnya.
Sebagai tuan rumah dan pengerusi ASEAN 2025,Malaysia memberi tumpuan kepada pengukuhan ekonomi serantau,pelaburan mampan serta usaha menjadikan ASEAN sebagai hab ekonomi yang berdaya saing dan berdaya tahan.
Kejayaan Malaysia menganjurkan sidang kemuncak kali ini menjadi penutup gemilang kepada Kepengerusian ASEAN 2025,sebelum diserahkan kepada Filipina.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur