2025-10-29 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,27 Oktober – Syarikat penyelesaian teknologi berpusat di Sarawak,Insights Analytics Bhd,memulakan dagangan sulung di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini.
Ia selepas mengumpul RM43.56 juta melalui terbitan awam awal (IPO) melibatkan 121 juta saham baharu pada harga 36 sen sesaham.
Proses IPO itu turut merangkumi tawaran jualan 27.5 juta saham sedia ada kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) menerusi penempatan khas.
Daripada hasil diperoleh,RM22.2 juta akan digunakan sebagai modal kerja,RM9 juta untuk pelaburan strategik dan pengambilalihan,manakala RM4.4 juta bagi pembangunan ibu pejabat serta pusat data baharu di Sarawak.
Selain itu,RM1.86 juta diperuntukkan untuk pengembangan operasi teknologi maklumat (IT),RM1.21 juta bagi cawangan di Semenanjung,manakala RM4.9 juta digunakan untuk perbelanjaan penyenaraian.
Berdasarkan harga IPO 36 sen sesaham,modal pasaran Insights Analytics dianggarkan sekitar RM198 juta ketika disenaraikan,berasaskan modal saham diperbesarkan kepada 550 juta saham.
Pengarah Urusannya,Frank Wee,berkata inisiatif jangka panjang yang dilaksanakan telah membina aliran projek kukuh dalam industri air negara.
“Perkembangan ini memberi keyakinan kepada kami untuk terus maju dan membuktikan kepercayaan kerajaan Sarawak terhadap peranan kami memacu teknologi. Walaupun tanggungjawabnya besar,kami sedia menyahut cabaran,” katanya pada sidang media pada majlis penyenaraian Insight Analytics Berhad di sini,hari ini.
Pada 10.19 pagi,saham syarikat itu meningkat 30 sen kepada 66 sen,dengan 154.69 juta saham diniagakan di pasaran.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur