2025-10-29 HaiPress

Foto RTM
SIMPANG PULAI,27 Oktober - Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) yang dimeterai antara Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia berpotensi menarik lebih ramai pelabur strategik ke Perak,khususnya dalam sektor Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE).
Menteri Besarnya,Datuk Seri Saarani Mohamad menyambut baik langkah itu dan menyifatkannya sebagai satu berita gembira terutama kepada negeri-negeri pengeluar NR-REE.
"Sudah tentu perjanjian yang dimeterai ini menggembirakan negeri-negeri pengeluar NR-REE termasuk Perak.
"Sebelum ini perdagangan sektor itu lebih tertumpu kepada China,namun kini peluang baharu dengan Amerika Syarikat dijangka menarik lebih ramai pelabur strategik ke negeri ini," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Makmal Penyelidikan dan Pembangunan Zantat Poly+Cal Innovation Lab di sini,hari ini.
Perjanjian yang dimeterai semalam bertujuan mengukuhkan ekonomi dua hala,memperluas akses pasaran dan memperkukuh daya tahan rantaian bekalan.
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan ART tidak akan menjejaskan kedaulatan negara sebaliknya Malaysia turut memperoleh keuntungan dari segi akses pasaran yang lebih baik berbanding yang dipersetujui sebelum ini.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur