2025-10-29 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,28 Oktober - Powertechnic Group Bhd memulakan dagangan sulungnya di Pasaran ACE Bursa Malaysia dengan prestasi kukuh apabila dibuka pada harga 40 sen,meningkat 14 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 35 sen.
Saham syarikat itu muncul sebagai kaunter paling aktif diniagakan pada awal dagangan dengan 19.7 juta unit diperdagangkan,sebelum meningkat kepada 39 sen dengan jumlah dagangan melebihi 36 juta saham.
“Penyenaraian ini menandakan pencapaian penting bagi Powertechnic dan mencerminkan keyakinan pelabur ketika kami terus memperkukuh kehadiran dalam industri jentera automasi",kata Pengarah Urusan Powertechnic,Ivan Na Keh Chai,dalam sidang media secara maya selepas penyenaraian di sini,hari ini.
Sehingga pukul 9.05 pagi,harga sahamnya meningkat kepada 39 sen,naik empat sen atau 11.4 peratus dengan jumlah dagangan melonjak melebihi 36 juta saham.
Sepanjang sesi awal,saham Powertechnic bergerak antara 38 sen hingga 40.5 sen.
Powertechnic terlibat dalam pemasangan dan penyelenggaraan sistem kren dan pengendalian,selain turut menyediakan sistem platform bertingkat.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur