2025-10-29 HaiPress

GAMBAR ARKIB / BERNAMA
KUALA LUMPUR,29 Oktober - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM35.35 bilion dalam sistem konvensional dan RM22.23 bilion dalam dana Islam.
Bank pusat akan mengeluarkan dua tender repo berbalik bernilai RM2.7 bilion untuk tujuh hari dan RM1.5 bilion bagi 30 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,bank pusat akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM39.5 bilion dan RM23.2 bilion dalam tender semalaman Murabahah.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur