2025-10-29 HaiPress

GAMBAR FAIL / RTM
KUALA LUMPUR,29 Oktober - Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia,yang mengukur perubahan harga di peringkat pengeluar,menurun 0.8 peratus pada September 2025 berbanding penurunan 2.8 peratus pada bulan sebelumnya.
Ketua Perangkawan Malaysia,Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata,penurunan itu disebabkan oleh prestasi lemah sektor pembuatan yang susut 2.1 peratus,sekali gus memberi kesan kepada keseluruhan indeks.
"Penurunan ini terutamanya dipengaruhi oleh subindeks pembuatan kok dan produk petroleum bertapis serta pembuatan komputer,produk elektronik dan optikal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas beliau,antara sektor yang menunjukkan peningkatan termasuk sektor pertanian,perhutanan dan perikanan yang meningkat 7.8 peratus berbanding bulan sebelumnya.
Ini didorong oleh kenaikan dalam subindeks penanaman tanaman kekal yang melonjak 11.7 peratus.
Sektor perlombongan turut meningkat 1.1 peratus,berbanding penurunan 3.4 peratus pada Ogos,disokong oleh pertumbuhan dalam subindeks pengekstrakan gas asli.
Selain itu,sektor utiliti juga mencatatkan peningkatan,dengan indeks bekalan elektrik dan gas naik 4.6 peratus manakala bekalan air meningkat 9.1 peratus.
Bagi perbandingan bulan ke bulan,IHPR Pengeluaran Tempatan naik 0.5 peratus pada September 2025,berbanding kenaikan 0.1 peratus pada bulan sebelumnya.
Sektor pertanian,perhutanan dan perikanan meningkat 2.1 peratus berbanding 3.3 peratus pada Ogos,didorong oleh kenaikan dalam indeks pengeluaran ternakan sebanyak 2.6 peratus dan penanaman tanaman kekal 2.2 peratus.
Sektor perlombongan turut mencatatkan peningkatan 1.1 peratus,berbanding penurunan 1.5 peratus pada bulan sebelumnya,disokong oleh pertumbuhan kukuh subindeks pengekstrakan gas asli yang naik 11.1 peratus.
Sektor pembuatan pula meningkat 0.3 peratus selepas mencatatkan penurunan 0.2 peratus pada Ogos,didorong oleh subindeks pembuatan kok dan produk petroleum bertapis yang meningkat 1.8 peratus serta pembuatan produk makanan yang naik 0.9 peratus.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur