2025-10-29 HaiPress

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR,29 Oktober - Ringgit meneruskan peningkatan pada Rabu,dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),disokong oleh sentimen positif susulan kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur,kata seorang penganalisis.
Pada 9 pagi,ringgit naik kepada 4.1870/2065 berbanding dolar AS daripada 4.1935/1985 ketika ditutup pada Selasa.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashidberkata Sidang Kemuncak ASEAN telah memperkukuh kestabilan dan integrasi serantau,sekali gus membantu mengukuhkan keyakinan pasaran.
“Ia membantu mengurangkan premium risiko pasaran dan menyumbang kepada peningkatan nilai ringgit,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu,beliau berkata indeks dolar AS susut 0.12 peratus kepada 98.667 mata apabila Rizab Persekutuan (Fed) AS dijangka akan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas apabila Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) mengakhiri mesyuaratnya malam ini.
Beliau berkata keyakinan terhadap perjanjian perdagangan yang berpotensi dimeterai antara Amerika Syarikat dan China juga telah meningkatkan sentimen pasaran.
“Hasil bon Perbendaharaan AS untuk nota tiga bulan dan lima tahun turun kepada 3.73 peratus dan 3.63 peratus,masing-masing daripada 3.81 peratus dan 3.71 peratus pada lelongan sebelumnya.
“Sehubungan itu,ringgit dijangka kekal pada kedudukan yang lebih kukuh dengan pertukaran mata wang dolar AS-ringgit diunjur diniagakan antara RM4.19 dan RM4.20 hari ini,” katanya.
Pada pembukaan,ringgit didagangkan tinggi berbanding mata wang utama.
Unit tempatan naik berbanding pound Britain kepada 5.5591/5850 daripada 5.5845/5911 ketika ditutup pada Selasa,meningkat berbanding euro kepada 4.8804/9031 daripada 4.8884/8942,melonjak berbanding yen Jepun kepada 2.7591/7722 daripada 2.7605/7640 sebelum itu.
Ringgit juga diniagakan tinggi berbanding kebanyakan mata wang negara ASEAN.
Ia naik berbanding doalr Singapura kepada 3.2372/2525 daripada 3.2460/2502 ketika ditutup pada Selasa,menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 252.0/253.3 daripada 252.4/252.9 dan melonjak berbanding peso Filipina kepada 7.08/7.12 daripada 7.09/7.10 sebelumnya.
Bagaimanapun,ringgit merosot berbanding baht Thailand kepada 12.9420/13.0111 daripada 12.9214/9424 sebelum itu. - BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur