2025-10-31 HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,31 Oktober - Rakyat diseru mengamalkan budaya memberi dan cakna terhadap kebajikan kesihatan masyarakat terutama golongan kurang berkemampuan.
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Majlis Makan Malam Amal 'A Night To Care' pada Khamis berkata langkah itu perlu disusuli dengan kepercayaan terhadap pengurusan dana yang telus.
"Kita akan ada rasa tanggungjawab untuk memberi dan percaya yang sumbangan ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin buat golongan memerlukan.
"Jadi kita mahu lebih ramai yang peka,faham dan sensitif dan memberikan pertolongan dalam apa jua bentuk," ujarnya.
Beliau berkata,usaha murni itu juga seiring komitmen kerajaan dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk memastikan kelangsungan rawatan kesihatan golongan berkenaan.
Datuk Seri Dr Wan Azizah dalam ucapan perasmian majlis berkenaan menyifatkan inisiatif Tabung PPUMCare yang menyalurkan bantuan kepada pesakit memerlukan adalah lambang kebersamaan dan solidariti rakyat.
"Malam ini melambangkan kebersamaan,keprihatinan dan semangat solidariti untuk membantu mereka yang memerlukan," katanya.
Pada majlis berkenaan,kira-kira RM5.5 juta dana berjaya dikumpul untuk Tabung PPUMCare yang akan diguna bagi membantu pesakit daripada golongan B40 dan M40 selain disalur untuk meningkatkan fasiliti perubatan di PPUM.
Turut hadir,Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Dua tongkang ditahan, gagal patuhi undang-undang perkapalan dan imigresen
Dakwaan Malaysia bekal diesel ke Filipina tidak benar
1,204 RIBI di P. Pinang layak nikmati cukai kadar nominal RM50 setahun
Pengurusan AI elak risiko ancaman digital
Malaysia kekal pendirian larang import e-waste
KETENGAH berpotensi jadi pemacu utama pembangunan wilayah mampan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur