2025-10-31 HaiPress

Foto RTM
SETIU,31 Oktober - Qari Kuala Terengganu,Abdul Hadi Che Ab Halim dan qariah Setiu,Nur Jannah Ab. Rahman diumumkan sebagai johan bagi kategori masing-masing pada majlis penutup Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu 1447H/2025M,malam semalam.
Abdul Hadi dan Nur Jannah yang membawa pulang wang RM8,000 dan piala akan mewakili Terengganu ke Kejohanan Tilawahdan Hafazan Al-QuranPeringkat Kebangsaan tahun depan.
Sementara itu tempat kedua pula dirangkul qari dan qariah Marang,Ahmad Syahir Yahaya dan Nur Afifah Zaki yang menerima hadiah wang RM6,000 berserta piala.
Tempat ketiga pula milik qari Marang,Wan Amirul Shamnie Wan Rosli dan qariah Hulu Terengganu,Nasirah Ibrahim yang membawa pulang RM4,000 dan piala.
Pada majlis yang berlangsung selama tiga hari ini,seramai 37 peserta mengambil bahagian,terdiri daripada 10 qari dan qariah serta 27 hafiz dan hafizah.
Majlis penutup disempurnakan Yang Dipertuan Muda Terengganu,TengkuMuhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.
Keberangkatan tiba baginda diiringi Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Terdahulu Tengku Muhammad Ismail menzahirkan titah agar generasi muda terus mendalami ilmu Al-Quran dan memartabatkan budaya tilawah di seluruh negeri.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur