2025-10-31 HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,31 Oktober - Universiti Malaya (UM) terus memperkukuh peranannya sebagai jambatan ilmu dan budaya antarabangsa melalui penganjuran Malam Gala Minggu Antarabangsa 2025,bertemakan Traditional Meets International.
Majlis yang menghimpunkan lebih 5,000 pelajar antarabangsa dan wakil 31 universiti rakan dari 19 negara itu menjadi kemuncak kepada sambutan Minggu Antarabangsa tahun ini.
Pelbagai persembahan kebudayaan ditampilkan termasuk Menghadap Rebab,World Culture,dan ASEAN Homecoming selain pameran warisan serta makanan antarabangsa.
Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan pendekatan UM ini bukan sahaja memperkukuh pengantarabangsaan pendidikan tinggi,tetapi turut menyemai semangat perpaduan antara budaya dan bangsa.
"Menerusi persembahan ini,mereka dapat mengenali setiap negara yang ada dengan kepelbagaian budaya. Dalam erti kata lain,kita dapat mengenali dan mengapresiasikan budaya yang ada," jelasnya.
Sementara itu,Naib Canselor UM,Profesor Datuk Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman menegaskan bahawa peranan universiti kini tidak lagi terhad kepada melahirkan graduan berilmu,tetapi membina warga dunia yang berjiwa kemanusiaan.
“Kepelbagaian bukanlah satu cabaran yang perlu diurus,sebaliknya satu khazanah yang perlu diraikan.
"Ia mengingatkan kita bahawa dalam dunia yang penuh dengan kuasa yang berubah-ubah,kebenaran yang dipertikaikan,dan kepercayaan yang berpecah-belah,masih terdapat ikatan universal yang menyatukan kita,semangat manusia,” katanya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga universiti atas kejayaan menganjurkan Minggu Antarabangsa yang kini menjadi tradisi kebanggaan UM.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur