2025-10-31 HaiPress

Foto RTM
GUA MUSANG,31 Oktober - Seorang lelaki ditemukan maut dipercayai diserang gajah liar dalam kejadian di rumah kongsi kawasan pembalakan dekat Felda Aring 8,semalam.
Mayat Saidi Jahari,43,yang merupakan mandur di kawasan itu dijumpai dengan kesan kecederaan parah pada badannya.
Ketua Polis Daerah Gua Musang,Superintenden Sik Choon Foo berkata pihak polis menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 8.15 pagi semalam.
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika enam orang pekerja pembalakan sedang tidur di dalam rumah kongsi tersebut.
"Hasil pencarian di kawasan berhampiran menemukan mangsa sudah tidak bernyawa dengan kesan cedera parah pada tubuh dipercayai dipijak gajah," katanya.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat sebelum jenazah diserahkan kepada ahli keluarga untuk dikebumikan.
Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Adik mangsa,Sulaiman memberitahu yang abangnya baru bekerja kira-kira dua minggu di kawasan itu.
Mangsa sebelum ini bekerja di Tanah Tinggi Lojing dan berpengalaman bekerja di kawasan hutan selama 30 tahun.
"Dia kerja sudah lama,cuma di sini dia belum biasa sebab kawasan (pembalakan) ini baru sahaja dibuka," katanya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur