2025-10-31 HaiPress

Exco Kerja Raya,Pengangkutan,Infrastruktur dan Komunikasi Johor,Mohamad Fazli Mohamad Salleh/Facebook
JOHOR BAHRU,31 Oktober — Kerajaan negeri Johor mengenal pasti tiga lokasi berpotensi bagi pelaksanaan projek infrastruktur utama Hub Terminal Bersepadu,yang dijangka melonjakkan sistem pengangkutan awam negeri ke tahap lebih moden,bersepadu dan mampan.
Exco Kerja Raya,Mohamad Fazli Mohamad Salleh,berkata tiga kawasan yang dikenal pasti ialah Senai Utara,Kempas,dan Arena Larkin,yang berpotensi menjadi terminal penyuraian luar bandar (outer hub).
Menurutnya,ketiga-tiga lokasi itu mempunyai sambungan terus dengan rangkaian KTM Komuter dan ETS sedia ada sekali gus menjadikannya model Transit-Oriented Development (TOD) berasaskan rel yang cekap dan berkesan bagi kemudahan pengguna harian.
“Alhamdulillah,saya telah meneliti secara terperinci perancangan strategik bagi projek infrastruktur utama yang akan melonjakkan sistem pengangkutan awam di Johor.
Yang pertama,saya turut meneliti terdapat tiga cadangan lokasi bagi Hub Terminal Bersepadu iaitu Senai Utara,Kempas dan Arena Larkin. Cadangan ini mempunyai sambungan terus dengan rangkaian rel KTM Komuter/ETS sedia ada yang menjadikannya model TOD berasaskan rel yang cekap dan berkesan untuk kemudahan komuter,” katanya menerusi Facebooknya.
Beliau berkata,perancangan teliti dan progresif itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri serta agensi berkaitan dalam menyediakan sistem pengangkutan awam moden dan mampan.
“Infrastruktur ini penting untuk menyokong pertumbuhan ekonomi Johor Bahru dan memacu Negeri Johor ke hadapan.
Saya akan terus memantau projek-projek ini untuk memastikan manfaatnya dapat dinikmati oleh rakyat,” jelas beliau.
Projek Hub Terminal Bersepadu dijangka menjadi komponen penting dalam Rancangan Struktur Negeri Johor 2030 (RSNJ2030),khususnya dalam usaha memperkukuh jaringan mobiliti dan mengurangkan kesesakan di bandar raya Johor Bahru melalui penyuraian penumpang ke luar kawasan pusat bandar.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur