2025-10-31 HaiPress

Penduduk terjejas banjir rekod penurunan setakat pagi ini
ALOR SETAR,31 Oktober – Jumlah penduduk terjejas banjir di Kedah terus menunjukkan penurunan,dengan seramai 470 orang daripada 119 keluarga masih berlindung di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di dua daerah setakat jam 11 pagi tadi.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah,405 penduduk daripada 102 keluarga ditempatkan di tiga PPS di daerah Pendang,iaitu Dewan Rakan Sukan Tanah Merah,Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Puteh dan SK Tunku Intan Shafinaz.
Sementara itu,di Kota Setar,seramai 65 penduduk daripada 17 keluarga masih ditempatkan di PPS SK Haji Idris Tajar.
Hasil pemantauan di beberapa kawasan terjejas menunjukkan paras air meningkat namun kekal pada tahap sederhana,dan keadaan cuaca dilaporkan beransur baik di kebanyakan kawasan terbabit.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur