2025-10-31 HaiPress

Saidi dilaporkan maut selepas dipercayai dipijak kawanan gajah liar ketika sedang tidur di rumah kongsi bersama lima lagi rakan sekerja
KOTA BHARU,31 Oktober - Jenazah seorang mandur yang maut selepas dipercayai dipijak kawanan gajah liar dalam kejadian di kawasan pembalakan Felda Aring 8,Gua Musang,kelmarin,selamat dikebumikan awal pagi tadi.
Mangsa,Saidi Jahari,43,dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pangkal Kuang 2,Kampung Dendang,Ketereh kira-kira pukul 2.40 pagi selepas tiba di rumah keluarganya dari Hospital Gua Musang pada 1.30 pagi untuk disembahyangkan.
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan apabila ahli keluarga,kenalan serta penduduk kampung hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Terdahulu,Saidi dilaporkan maut selepas dipercayai dipijak kawanan gajah liar ketika sedang tidur di rumah kongsi bersama lima lagi rakan sekerja dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam.
Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang,Superintenden Sik Choon Foo,semua pekerja sempat melarikan diri ke kawasan hutan sebaik menyedari kehadiran haiwan itu,namun mangsa gagal menyelamatkan diri.
“Beberapa jam kemudian,rakan-rakan mangsa kembali ke rumah kongsi dan mendapati Saidi masih hidup tetapi mengalami kecederaan serius termasuk patah kedua-dua belah kaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun,katanya,seekor gajah dipercayai ketua kawanan kembali menyerang rumah kongsi berkenaan menyebabkan semua pekerja sekali lagi melarikan diri ke dalam hutan.
“Selepas keadaan reda,kumpulan tersebut kembali semula ke rumah kongsi dan mendapati mangsa sudah tiada.
“Pencarian di sekitar kawasan berhampiran menemukan mangsa dalam keadaan tidak bernyawa dengan kesan kecederaan parah dipercayai akibat dipijak gajah,” katanya.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur