2025-10-31 HaiPress

Ketua Pengarah Kastam,Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin/RTM
KAJANG,31 Oktober - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mencatatkan kutipan hasil berjumlah RM57 bilion setakat September lepas.
Ketua Pengarah Kastam Malaysia,Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin memaklumkan kutipan berkenaan berjaya melepasi unjuran ditetapkan Kementerian Kewangan (MOF) iaitu sebanyak RM 54.62 bilion bagi tempoh Januari sehingga September.
"Kalau ikut peratus pencapaian sehingga 30 September 2025 adalah 104.36% melepasi sasaran ditetapkan Kementerian Kewangan tapi ini sebelum pembentangan belanjawan 2026.
"Jadi kami perlu membuat penjajaran semula sebab sasaran baru telah diumumkan semasa Belanjawan 2026 iaitu sebanyak RM 73.26 bilion.
"Kami telah jangkakan,kerajaan atau kementerian kewangan atas sentiasa memberi stretch target hujung-hujung tahun jadi kamu telah pun meletak sasaran yang stretch target daripada awal tahun dan kami insya-allah yakin kami akan dapat mencapai sasaran tersebut," katanya.
Beliau memaklumkan pihaknya turut melaksanakan penjajaran semula bagi mencapai sasaran unjuran baharu yang diumumkan menerusi Belanjawan 2026 iaitu sebanyak RM 73.26 bilion.
Ke arah itu,beliau berkata JKDM akan meneruskan pelaksanaan program dan inisiatif yang dirangka sejak awal tahun bagi mencapai sasaran unjuran baharu tersebut.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Ulang Tahun ke-62 Penganugerahan Gelaran Diraja Jabatan Kastam Diraja Malaysia di sini hari ini.
Majlis sambutan ulang tahun itu diadakan bagi memperingati penganugerahan gelaran ‘Diraja’ kepada Jabatan Kastam pada 29 Oktober 1963 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong III,sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besar jabatan itu kepada pembangunan negara.
Sejak penubuhannya,JKDM menjadi antara penyumbang utama hasil negara,khususnya pada era awal pembentukan Malaysia apabila jabatan ini menjana lebih 50 peratus daripada keseluruhan hasil Kerajaan Persekutuan setiap tahun.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur