2025-10-31 HaiPress

Foto hiasan / BERNAMA
KUALA LUMPUR,29 Oktober - Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah sentimen optimis terhadap potensi rangsangan ekonomi dari China,kata seorang peniaga.
Beliau berkata sentimen pasaran turut dipengaruhi oleh jangkaan terhadap kemungkinan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS).
“Kenaikan selanjutnya dihadkan oleh pengukuhan ringgit berbanding dolar AS,di tengah-tengah data ekonomi AS yang lemah dan kebimbangan mengenai petunjuk ekonomi China yang akan datang,” katanya kepada Bernama.
Peniaga itu berkata harga minyak meningkat sedikit dalam dagangan Asia pada Rabu berikutan ketegangan geopolitik yang kembali memuncak di Timur Tengah yang mengancam usaha gencatan senjata,sementara para peniaga pula kekal berhati-hati menjelang keputusan mesyuarat dasar Rizab Persekutuan.
Beliau menambah Rizab Persekutuan dijangka menurunkan kadar faedah sebanyak 0.25 peratus pada Rabu ketika pembuat dasar berdepan dengan kekangan data dan kebimbangan berterusan terhadap pasaran pekerjaan AS.
Pada 5.15 petang,ringgit mengukuh kepada 4.1920/1955 berbanding dolar AS daripada 4.1935/1985 ketika ditutup pada Selasa.
Pada 3 petang,Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) meningkat 0.5 sen kepada 748.00 sekilogram,manakala lateks pukal susut dua sen kepada 565.50 sekilogram.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur