2025-10-31 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,29 Oktober - Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu,pulih selepas aktiviti penjualan besar-besaran pada awal minggu ini apabila ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China semakin mereda,sekali gus mengurangkan risiko geopolitik.
Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata nada pasaran turut menjadi lebih kukuh menjelang keputusan dasar monetari Rizab Persekutuan AS (Fed).
“Para peniaga kini menumpukan perhatian kepada perkembangan yang lebih penting,iaitu sama ada Fed akan memberi isyarat berakhirnya pengetatan kuantitatif dan memberi petunjuk untuk membina semula kunci kira-kiranya bagi meningkatkan rizab,” katanya kepada Bernama.
Kontrak bulan semerta Oktober 2025 ditutup kepada US$4,019.7 setiap auns troy,meningkat daripada US$3,909.6 pada Selasa,manakala kontrak November 2025 naik kepada US$4,035.4 setiap auns troy daripada US$3,926.4 dan kontrak Disember 2025 meningkat kepada US$4,052.7 setiap auns troy daripada US$3,943.0.
Niaga hadapan Januari 2026 meningkat sedikit kepada US$4,069.7 setiap auns troy daripada US$3,960.0,manakala kontrak Februari,April dan Jun 2026 masing-masing ditutup lebih tinggi kepada US$4,085.6 setiap auns troy daripada US$3,975.9 sebelum ini.
Jumlah dagangan susut kepada 470 lot daripada 660 lot semalam,manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 577 kontrak daripada 717 kontrak.
Harga emas fizikal berada pada US$3,948.50 setiap auns troy mengikut penetapan oleh London Bullion Market Association pada 28 Okt,2025.- BERNAMA
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur