2025-10-31 HaiPress

Gambar Fail
KUALA LUMPUR,30 Oktober- Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan kerjasama SME Corporation Malaysia (SME Corp Malaysia) berjaya merekodkan jualan eksport sebanyak RM150.37 juta.
MATRADE dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa INSP merupakan sebahagian daripada sesi “GoASEAN BizMatch”,yang diadakan sempena dengan pameran SME Venture@ASEAN 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 17-18 Oktober.
Platform itu menghubungkan 31 pembeli antarabangsa antaranya dari Kemboja,China,Perancis,Hong Kong,Indonesia,Itali dan dengan lebih 200 syarikat tempatan menerusi penganjuran lebih 250 mesyuarat padanan perniagaan.
“Sektor utama yang terlibat termasuk aeroangkasa dan dron,elektrik dan elektronik,minyak dan gas,peranti perubatan,bioteknologi,teknologi halal dan pertanian pintar,ekonomi hijau,mobiliti,gaya hidup dan sains hayat,serta makanan dan minuman,” kata kenyataan itu.
Pemadanan perniagaan strategik melalui MATRADE telah memangkin pertumbuhan perdagangan merentasi pelbagai sektor serta memperkasa Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia untuk mengembangkan jejak global mereka.
Berdasarkan kejayaan tersebut,SME Corp Malaysia dan MATRADE akan terus memperkukuh kerjasama bagi memastikan PKS Malaysia mempunyai akses yang berterusan kepada pasaran dan peluang baharu di seluruh ASEAN dan di peringkat global.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur