2025-10-31 HaiPress

Pengerusi Fed,Jerome Powell/REUTERS
WASHINGTON,30 Oktober- Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) memutuskan untuk mengurangkan kadar faedah dana persekutuan sebanyak 25 mata asas kepada 3.75 hingga 4 peratus pada Rabu,menjadikannya pemotongan kedua tahun ini.
Pengerusi Fed,Jerome Powell berkata indikator semasa menunjukkan aktiviti ekonomi berkembang pada kadar sederhana,pertambahan pekerjaan berkurangan selain kadar pengangguran yang meningkat namun kekal rendah sepanjang bulan Ogos.
Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) juga berhasrat untuk mencapai guna tenaga maksimum dan kadar inflasi 2 peratus dalam jangka panjang.
"Walaupun data penting persekutuan kurang akibat penutupan kerajaan,data sektor awam dan swasta yang ada menunjukkan bahawa unjuran pekerjaan dan inflasi tidak banyak berubah sejak mesyuarat September."
Situasi dalam pasaran buruh beransur pulih manakala inflasi kekal agak tinggi," kata Powell dalam sidang akhbar selepas mesyuarat dasar mengenai kadar faedah.
Daripada 12 anggota FOMC yang menghadiri mesyuarat itu,10 mengundi untuk menyokong pemotongan sebanyak 25 mata asas manakala Gabenor Stephen Miran memilih pemotongan sebanyak 50 mata asas dan Presiden Fed Kansas City,Jeffrey Schmid memilih untuk mengekalkan kadar terdahulu.
Tambah Powell,terdapat pendangan berbeza mengenai pengurangan kadar dasar selanjutnya pada mesyuarat Disember.
"Masih tiada kepastian untuk keputusan mesyuarat pada Disember nanti,memangdangkan dasar juga tidak berada pada hala tuju yang telah ditetapkan," katanya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur