2025-10-31 HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,31 Oktober - Laporan Geoekonomi ASEAN yang pertama oleh Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN (AGTF) dijadual diterbitkan pada November ini.
Timbalan Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Liew Chin Tong berkata,dalam Mesyuarat bersama Menteri-Menteri Luar dan Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AMM-AEM) yang berlangsung Sabtu lalu,beliau turut mencadangkan agar laporan itu diterbitkan setiap tahun.
“Laporan ini bukan bertujuan untuk dijadikan sebagai satu keputusan dasar,sebaliknya sebagai mekanisme untuk mengemukakan dan membahaskan idea-idea baharu secara terbuka,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam mesyuarat sama,beliau turut mencadangkan langkah utama bagi mengukuhkan penginstitusian AMM-AEM merangkumi pemantapan mesyuarat bersama antara pegawai kanan dari tonggak keselamatan dan ekonomi secara berkala.
Selain itu,penubuhan pasukan petugas peringkat tinggi bagi geoekonomi yang melibatkan pegawai daripada tonggak keselamatan dan ekonomi serta tokoh ternama daripada latar bukan kerajaan.
Sementara itu katanya,mesyuarat bersama AMM-AEM telah bersetuju untuk mengadakan pertemuan secara berkala,sekurang-kurangnya sekali setahun dengan mekanisme tersebut harus diinstitusikan.
AGTF diketuai bersama oleh Timbalan Menteri Perdagangan Indonesia,Ibu Dyah Roro Esti Widya Putri; Ketua Pengarah Perundingan Perdagangan Antarabangsa Kementerian Perdagangan Indonesia,Pak Djatmiko Bris Witjaksono; serta Timbalan Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Malaysia,Liew Chin Tong,telah ditubuhkan pada April lalu menerusi Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN.
Penubuhan AGTF bertujuan meneliti kesan lanjutan daripada pengumuman tarif timbal balas ketika Amerika Syarika pertama kali mengumumkannya pada awal April lalu.
Pasukan petugas turut melantik tiga pakar utama,iaitu bekas Menteri Perdagangan Indonesia,Ibu Mari Pangestu; Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia,Fraziali Ismail; dan bekas Ketua Setiausaha MITI,Tan Sri Rebecca Sta Maria,bagi mengetuai penyediaan laporan dan penyelidikan pakar dalam bidang berkenaan.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur