2025-10-31 HaiPress

Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) @Shanghai akan bermula dari 5 sehingga 10 November 2025/CHINA MEDIA GROUP
KUALA LUMPUR,31 Oktober - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan memperkukuh kehadiran Malaysia di pasaran China melalui penganjuran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) @Shanghai dari 5 sehingga 10 November 2025.
Menurut kenyataan MATRADE,acara yang diadakan bersempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) itu akan menghimpunkan 250 syarikat tempatan merangkumi sektor makanan dan minuman,produk pertanian,barangan pengguna cepat laris (FMCG),peralatan perubatan,penjagaan kesihatan serta perkhidmatan kewangan.
Pengerusi MATRADE,Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata,pemilihan Shanghai sebagai lokasi pameran merupakan langkah strategik dan tepat pada masanya susulan perkembangan pesat ekonomi halal global dalam sektor makanan,logistik,farmaseutikal,kosmetik dan penjagaan diri.
“Pasaran halal global dijangka berkembang daripada AS$3.5 trilion kepada lebih AS$5 trilion menjelang 2030,mencerminkan potensi besar yang perlu diterokai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
''Peluang ini penting bagi pengeluar halal Malaysia yang terkenal dengan kualiti dan pematuhan kepada piawaian antarabangsa,sejajar dengan permintaan tinggi terhadap produk premium yang diyakini di China,'' tambahnya.
Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE Datuk Seri Mohd Mustafa Abdul Aziz pula berkata selepas kejayaan MIHAS@Dubai 2024 yang menjana jualan sebanyak RM2.2 bilion,edisi di Shanghai menyasarkan nilai dagangan keseluruhan RM2.5 bilion melalui sesi padanan perniagaan bersama 100 pembeli antarabangsa,termasuk 20 pembeli premium dari China.
Bagi tempoh sembilan bulan pertama 2025,perdagangan Malaysia-China meningkat 8.6 peratus kepada RM385.71 bilion.
Eksport halal Malaysia meningkat 15 peratus kepada RM61.79 bilion pada 2024,dengan China menyumbang RM6.25 bilion dan kekal sebagai pasaran eksport halal kedua terbesar bagi Malaysia.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur