2025-10-31 HaiPress

Perdana Menteri,Anwar Ibrahim bersama Presiden Amerikat Syarikat,Donald Trump di Sidang Kemuncak ASEAN ke-47/RTM
KUALA LUMPUR,31 Oktober – Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pelaburan dan pemain strategik di rantau Asia Tenggara susulan kejayaan mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN 2025 yang menyaksikan pengiktirafan global terhadap kepimpinan negara di pentas antarabangsa.
Pensyarah Jabatan Pengajian Keusahawanan dan Pemasaran,Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam,Prof. Dr. Lennora Putit,berkata kejayaan Malaysia menarik kehadiran pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat,Donald Trump,membuktikan tahap keyakinan global terhadap negara.
"Semasa Sidang ASEAN 2025,Malaysia menjadi tuan rumah bagi pertemuan tidak rasmi antara Amerika Syarikat dan China,yang menandakan peranan negara sebagai honest broker atau jambatan penghubung serantau.
"Malaysia berjaya menjadi pentas pertemuan dunia melalui pendekatan sederhana yang dipercayai oleh pemimpin-pemimpin kuasa luar," katanya dalam program Bual Biz Malaysia,di sini pada Khamis.
Beliau menambah,pertemuan dua hala tersebut turut memberi impak strategik kepada sektor perdagangan,pelaburan,keselamatan siber serta kerjasama teknologi tinggi,termasuk peluang pekerjaan baharu.
"Pasca Sidang ASEAN ini,syarikat Amerika seperti Intel dan Tesla telah mengumumkan pelaburan tambahan di Malaysia bernilai lebih daripada RM15 bilion,menunjukkan bahawa kerjasama ini bukan sekadar memberi impak ekonomi,tetapi juga menjana keyakinan dan peluang baharu untuk rakyat Malaysia khususnya," tambahnya.
Langkah tersebut,katanya,akan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab pelaburan masa depan ASEAN,selaras dengan dasar ekonomi berteraskan nilai MADANI yang menumpukan kepada pertumbuhan inklusif,berimpak tinggi dan berdaya saing di peringkat global.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur