2025-10-31 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,31 Oktober - Aset rizab rasmi antarabangsa Malaysia meningkatkan kepada US$123.6 bilion pada akhir September 2025 berbanding US$122.68 bilion pada akhir Ogos 2025.
Menurut Bank Negara Malaysia (BNM) aset mata wang asing lain berjumlah US$201.9 juta pada akhir September 2025.
Bagi tempoh 12 bulan akan datang,aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman,sekuriti dan deposit mata wang asing berjumlah US$15.4 bilion.
''Aliran keluar jangka pendek ini termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh Kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank BNM dalam mata wang asing.
“Kedudukan jualan hadapan bersih berada pada US$20.8 bilion,mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang,'' jelas BNM dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut BNM,unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah US$2.8 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.
''Secara keseluruhannya,butiran terperinci rizab antarabangsa di bawah format Piawaian Penyebaran Data Khas (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan bahawa pada akhir September 2025,rizab antarabangsa Malaysia tetap boleh guna,'' katanya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur