2025-10-31 HaiPress

Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi,Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya (UM),Dr. Elya Nabila Abdul Bahri/RTM
KUALA LUMPUR,31 Oktober - Inisiatif ASEAN Regional Trade (ART) dilihat sebagai pelengkap penting kepada pelaksanaan ASEAN Free Trade Agreement (AFTA) dan ASEAN-China Free Trade Agreement (ACFTA 3.0) dalam memperkukuh integrasi ekonomi serantau selain memperluas pasaran intra-ASEAN.
Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi,Dr. Elya Nabila Abdul Bahri,berkata ART berfungsi sebagai platform perdagangan serantau yang membuka lebih banyak peluang pasaran dan pelaburan dalam kalangan negara anggota..
“ART memberi ruang kepada setiap negara ASEAN untuk memperluas pasaran barangan dan perkhidmatan mereka ke negara jiran dalam rantau ini. Ia selaras dengan matlamat AFTA yang dimeterai pada 1992 bagi menghapuskan atau mengurangkan tarif serta kos perdagangan",katanya selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia di Kota Media di sini hari ini.
Jelas beliau,AFTA digubal bagi menggalakkan perdagangan intra-ASEAN melalui liberalisasi pasaran dan pengurangan tarif.
Manakala ACFTA 3.0 pula mengukuhkan hubungan ekonomi antara ASEAN dan China dengan penekanan terhadap pengurangan tarif dua hala serta peluasan pasaran rentas sempadan.
“China merupakan antara rakan dagang terbesar ASEAN dengan populasi yang tinggi,sekali gus membuka peluang besar kepada eksport barangan dan perkhidmatan dari rantau ini. Dalam masa sama,ASEAN turut menikmati manfaat dari segi import barangan yang lebih kompetitif dari China,” jelasnya.
Sementara itu mengulas mekanisme pelaksanaan ART,beliau menjelaskan bahawa ia meliputi aspek perdagangan barangan,perkhidmatan,pelaburan serta peluang pekerjaan di kalangan negara anggota ASEAN.
“Limpahan ekonomi ini dilihat melalui kebergantungan serantau yang meningkat,kos pengangkutan rendah dan identiti ASEAN yang kukuh,sekali gus mengekalkan permintaan terhadap produk dan perkhidmatan termasuk dari Malaysia,” katanya lagi.
Menurut beliau,kekuatan rantai bekalan yang stabil dan kerjasama ekonomi yang saling menguntungkan menjadi asas kepada usaha memperkukuh daya saing ASEAN dalam pasaran global.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur