2025-11-03 HaiPress

Foto PMO
KUALA LUMPUR,2 November - Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025,berjaya menakhodai blok serantau itu dengan penuh keyakinan serta mengemudi rantau ini di tengah-tengah perubahan dunia.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata di bawah panji perpaduan dan keamanan,Malaysia telah menghidupkan semula dialog,membina jambatan baharu dan membuktikan semangat ASEAN terus subur,dipandu kebijaksanaan,rasional serta tujuan bersama.
“Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 menutup tirai Kepengerusian Malaysia dengan sejarah yang terpahat di Kuala Lumpur,daripada Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Kemboja dan Thailand hinggalah pemeteraian Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China 3.0,” menurut beliau sambil berkongsi sebuah video sorotan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini.
Tambah Datuk Seri Anwar,kekuatan sebenar ASEAN adalah berpaut pada kesetiaan,keterangkuman dan keyakinan antara negara anggota.
"Tatkala teraju ini diserahkan kepada Filipina,Malaysia menatap kembali perjalanan ini dengan rasa syukur. Tidak semua kebuntuan terurai,namun setiap langkah berani telah melengkungkan sejarah menuju harapan dan keadilan. Malah dunia telah menyaksikan,inilah wajah sebenar Malaysia," kata beliau.
Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia atas kesabaran dan kemesraan yang dihulurkan kepada sahabat-sahabat serantau sepanjang tempoh kepengerusian negara dalam blok itu yang mencabar.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur