2025-11-03 HaiPress

Foto RTM
PADANG BESAR,3 November -Seramai 50 peserta memeriahkan Program Jom Ragaih Wang Kelian atau Dakian Wang Kelian sejauh 5 kilometer (km) yang bermula dari Pekan Kaki Bukit ke Puncak View Point Wang Kelian.
Penyelaras Program merangkap Ketua UMNO Bahagian Padang Besar,Ruzaini Rais dalam kenyataan berkata,program itu sebagai usaha meningkatkan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
"Program berjalan secara santai sambil menikmati keindahan panorama Wang Kelian dilakukan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan tahap kecergasan dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
"Ia merupakan aktiviti yang sangat rendah risiko kecederaan dan dilaksanakan secara santai sama ada secara individu atau keluarga dan pelaksanaan program sebegini bukan sahaja untuk kesihatan malah menjadi medium utama menyatupadukan komuniti serta memperkukuh perpaduan antara masyarakat," katanya menerusi kenyataan itu.
Program melibatkan kepimpinan UMNO Bahagian Padang Besar bersama Majlis Belia Negeri Perlis dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).
Inisiatif ke arah gaya hidup sihat dan aktif akan dilaksanakan secara berkala khususnya melibatkan belia bawah Majlis Belia Negeri Perlis dan komuniti setempat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur