2025-11-03 HaiPress

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,Datuk Ewon Benedick bercakap di Dewan Rakyat/Foto RTM
KUALA LUMPUR,3 November – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah menyalurkan pembiayaan sebanyak RM770 juta kepada hampir 41,000 usahawan Perusahaan Mikro,Kecil dan Sederhana,(PMKS) serta koperasi di Sabah.
Menterinya,Datuk Ewon Benedick memaklumkan,pembiayaan disalur sehingga September lepas,dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan di negeri berkenaan.
"Saya mengambil contoh untuk koperasi sahaja. Tiga koperasi yang mendapat pembiayaan dibawah inisiatif tabung modal pusingan,masing-masing Koperasi Anak-anak Tempatan Pantai Barat Sabah,Koperasi Pelancongan Mukim Batu Putih Kinabatangan Berhad dan Koperasi Penanam Sawit Mampan Daerah Keningau Berhad.
"Ini merupakan komitmen KUSKOP menerusi agensi seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang menyalurkan pembiayaan begitu tinggi kepada gerakan koperasi di Sabah",katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Ranau,Johanthan Yasin di Dewan Rakyat.
Beliau turut memaklumkan Dasar Pandang Ke Timur Dalam Negara di Sabah dan Sarawak membolehkan beberapa inisiatif utama dilaksana termasuk Skim Pembiayaan Usahawan Tamu dan Usahawan Kraf oleh TEKUN Nasional,Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) Plusoleh SME Corp,serta pelaksanaan Projek Pembangunan Premis Tamu Desa bagi menyediakan fasiliti perniagaan yang lebih selesa dan teratur.
Kementerian turut memperkukuh kerjasama strategik bersama Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Keusahawanan Negeri Sabah (JPPKNS) serta Majlis Pembangunan Usahawan Koperasi,Penjaja dan Peniaga Kecil Daerah (MPUKPPK) bagi menyelaras inisiatif pembangunan usahawan di peringkat daerah.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur