2025-11-03 HaiPress

Ketua Setiausaha Perbendaharaan,Datuk Johan Mahmood Merican / Foto RTM
PETALING JAYA,3 November - Penambahbaikan bagi had siling kelayakan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) untuk pemandu e-hailing sepenuh masa akan diumumkan dalam tempoh terdekat.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan,Datuk Johan Mahmood Merican berkata,pihak kerajaan telah mengadakan perjumpaan dengan platform e-hailing bersama pihak Kementerian Pengangkutan untuk melihat tahap kecukupan dari segi had kelayakan.
Jelasnya,susulan perbincangan antara pihak terlibat,terdapat persetujuan dasar untuk menambah baik tahap kelayakan tersebut.
''Ketetapan bagi menambah baik kelayakan pemandu e-hailing dibuat selepas meneliti data penggunaan yang dikemukakan oleh pihak penyedia perkhidmatan e-hailing kepada kerajaan.
''Penambahbaikan itu akan diumumkan tidak lama lagi dan dijadual berkuatkuasa pada bulan ini,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama Persidangan Perniagaan: Perkembangan Terkini Belanjawan Nasional 2026,SST & Perdagangan Antarabangsa' anjuran Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) di sini,hari ini.
Pada 13 Oktober lepas,kerajaan telah mengumumkan kenaikan had siling kelayakan bulanan BUDI95 bagi pemandu e-hailing sepenuh masa kepada 600 liter sebulan yangmemanfaatkan hampir 58,000 pemandu e-hailing di seluruh negara.
Bagaimanapun,pemandu e-hailing menyifatkan kadar kelayakan itu tidak mencukupi untuk mengekalkan operasi harian mereka.
Bawah program BUDI95,semua pemegang MyKad warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang mempunyai lesen memandu aktif layak membeli RON95 bersubsidi hingga 300 liter sebulan.
Sejak pelaksanaan BUDI95,sebanyak16.55 juta rakyat Malaysia layak menikmatiharga subsidi RON95 pada kadar RM1.99 seliter berbanding RM2.60 seliter tanpa subsidi,melebihi unjuran asal sebanyak 15 juta orang.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur