2025-11-03 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,1 November - Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan di tengah-tengah aktiviti pengambilan untung dan aktiviti memperelokkan akaun menjelang akhir tahun,kata peniaga.
Peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh berkata pasaran dijangka menyaksikan trend dagangan “turun naik” sepanjang November apabila pelabur menyesuaikan kedudukan,dengan harga dijangka bergerak antara RM4,000 dan RM4,100 satu tan.
“Paras stok di Malaysia dan Indonesia masih cukup manakala permintaan akan diterima dari China,India,Pakistan,Timur Tengah,Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat,” katanya kepada Bernama.
Bagi asas mingguan,kontrak bulan semerta baharu November 2025 menyusut RM197 kepada RM4,185 satu tan,Disember 2025 susut RM210 kepada RM4,193 satu tan,dan Januari 2026 rendah RM215 kepada RM4,207 satu tan.
Februari 2026 rendah RM213 kepada RM4,222 satu tan,Mac 2026 susut RM204 kepada RM4,228 satu tan,dan April 2026 berkurangan RM200 kepada RM4,220 satu tan.
Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 469,530 lot daripada 361,379 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka menokok kepada 264,770 kontrak daripada 256,714 sebelumnya.
Harga MSM fizikal untuk November Selatan berkurangan RM200 kepada RM4,240 satu tan.- BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur