2025-11-03 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,1 November - Pemeteraian Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) dijangka membawa manfaat besar kepada ekonomi negara,termasuk menjamin peluang pekerjaan yang stabil serta memperkukuh daya saing industri tempatan,meskipun dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu.
Menurut DewanPerniagaan Amerika Malaysia (AMCHAM),perjanjian itu akan mengurangkan halangan perdagangan dengan AS,melindungi industri serta pekerjaan tempatan,menggalakkan penyelarasan peraturan dan peluasan akses kepada program sosial dan budaya,sambil memastikan kepentingan nasional terus terpelihara.
''Perjanjian ini akan memberi akses bebas tarif kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia ke pasaran AS,sekali gus menjadikan aktiviti eksport lebih mudah dan kos efektif.
''Selain itu,PKS tempatan turut berpeluang berintegrasisebagai rakan rantaian bekalan bernilai tinggi sebagai rakan kongsi kepada syarikat AS dalam industri berteknologi tinggi,'' jelas AMCHAM menerusi hantaran media sosial.
Pada masa sama,ia menggalakkan pelaburan dalam bidang inovasi,teknologi dan peningkatan kemahiran tenaga kerja.
Sokongan berterusan daripada kerajaan dan sektor perniagaan dijangka membantu PKS memanfaatkan peluang baharu ini serta mengembangkan operasi mereka ke peringkat global.
Perjanjian itu turut memberi rangsangan ketara kepada sektor teknologi dan farmaseutikal tempatan dengan penghapusan tarif dijangka membuka laluan lebih luas kepada eksport,kerjasama strategik serta kepimpinan global bidang berkenaan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur