2025-11-03 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,1 November - Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus,pada mesyuarat terakhir Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) 6 November ini,disokong petunjuk makroekonomi yang kukuh.
Penyelidikan Perbendaharaan dan Pasaran CIMB dalam nota penyelidikannya memaklumkan,penurunan kadar pada awal 2026 mungkin berlaku,namun bergantung kepada dua petunjuk utama.
Faktor kelemahan berterusan dalam eksport bukan elektrik dan elektronik (E&E) dan penyederhanaan dalam pertumbuhan kredit perniagaan serta modal kerja yang berterusan boleh mewajarkan pengurangan 25 mata asas pada suku pertama 2026.
"Berasaskan keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada suku ketiga 2025 yang kukuh,kami mengekalkan unjuran pertumbuhan 2025 pada 4.3 peratus,manakala unjuran 2026 pada 4.1 peratus,didorong oleh penggunaan swasta yang berdaya tahan yang disokong oleh keadaan pasaran buruh yang kukuh,pelarasan gaji perkhidmatan awam dan program tunai yang disasarkan.
"Pelancongan akan menjadi pendorong tambahan di bawah Tahun Melawat Malaysia 2026,yang menyasarkan ketibaan 47 juta pelancong," menurut nota penyelidikan itu.
Sementara itu,inflasi dijangka kekal sederhana,dengan tempoh sembilan bulan pertama 2025 berada pada 1.4 peratus dan keadaan dasar monetari dijangka kekal dalam penyesuaian.
Penggunaan swasta pada 2026 dijangka kekal berdaya tahan,disokong oleh pasaran buruh yang teguh,pelarasan gaji perkhidmatan awam,dan program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM15 bilion.
Dua tongkang ditahan, gagal patuhi undang-undang perkapalan dan imigresen
Dakwaan Malaysia bekal diesel ke Filipina tidak benar
1,204 RIBI di P. Pinang layak nikmati cukai kadar nominal RM50 setahun
Pengurusan AI elak risiko ancaman digital
Malaysia kekal pendirian larang import e-waste
KETENGAH berpotensi jadi pemacu utama pembangunan wilayah mampan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur