2025-11-03 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,2 November-Ringgit dijangka mengekalkan momentum positifnya minggu depan menjelangkeputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai kadar dasar semalaman (OPR) pada 6 November yang dijangkamenjadi tumpuan utama.
Ketua EkonomiBank Muamalat Malaysia Bhd,Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashidberkata ringgit dijangka diniagakan antara 4.18 dan 4.20 berbanding dolar Amerika Syarikat(AS) minggu depan.
"Keputusan ini akan memberi lebih banyak gambaran mengenaibagaimana BNM melihat ekonomi dan bagaimana ia dapat membentuk pendirian dasar monetarinya pada masa depan.
"Kami mengunjurkan OPR dikekalkan pada 2.75 peratusmemandangkan ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan berdasarkan anggaran terkini (pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar) untuk suku ketiga 2025yang mencatatkan 5.2 peratus," katanya kepada Bernama.
Berdasarkan minggu ke minggu,ringgit mengukuh berbanding dolar AS denganditutup lebih tinggi sedikit iaitukepada 4.1860/1930 daripada4.2210/2255 minggu lepas.
Mata wang tempatan juga diniagakan lebih tinggiberbanding sekumpulan mata wang utama.
Ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.7162/7210 daripada 2.7592/7623,naik berbanding pound Britainkepada 5.5025/5117 daripada 5.6232/6292dan melonjakberbanding euro kepada 4.8453/8534 daripada 4.9010/9062 ketika ditutuppada minggu lepas.
Mata wang tempatankebanyakannya bergerak lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN yang lain.
Ia berkembangberbanding dolar Singapura kepada 3.2185/2241 daripada 3.2484/2521,mengukuhberbanding rupiah Indonesia kepada 251.7/252.2 daripada 254.2/254.6,menokokberbanding peso Filipina kepada 7.12/7.14 daripada 7.20/7.21tetapi merosot berbanding baht Thailand kepada 12.9429/9702 daripada 12.8768/8952 sebelumnya. -BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur