2025-11-03 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,2 November - Amerika Syarikat (AS) menghormati hak kedaulatan Malaysia untuk melaksanakan dasar luar dan ekonominya sendiri termasuk minat untuk meneroka peluang dengan kumpulan ekonomi BRICS,kata Duta Besarnya ke Malaysia,Edgard D Kagan.
Beliau berkata,Washington peka dengan hasrat Malaysia untuk memperluas peluang perdagangan dan pelaburan di peringkat global.
Bagaimanapun beliau menekankan bahawa kemakmuran ekonomi jangka panjang Malaysia masih bergantung kepada integrasi Malaysia dalam rantaian bekalan negara-negara Barat seperti hubungan yang diperkukuh melalui pemeteraian Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara AS dan Malaysia baru-baru ini.
“AS menghargai pandangan Malaysia mengenai dasar luarnya,dan kami mengakui bahawa Malaysia mempunyai hak kedaulatan untuk melakukan aspek yang terbaik untuk kepentingannya,dan kami memahami perkara yang mendorong minat terhadap BRICS.
“Pada masa sama,Presiden AS (Donald Trump) telah menyatakan dengan jelas beberapa isu yang tidak boleh dikompromi dan kesan yang mungkin berlaku sekiranya tidak dipatuhi,” kata Kagan dalam temu bual dengan Bernama.
BRICS adalah kumpulan yang terdiri daripada 11 negara: Brazil,Rusia,India,China,Afrika Selatan,Arab Saudi,Mesir,Emiriah Arab Bersatu,Ethiopia,Indonesia dan Iran.
Kagan berkata walaupun BRICS mungkin menawarkan beberapa manfaat ekonomi terhad kepada Malaysia dalam keadaan tertentu,ia tidak seharusnya dilihat sebagai bertentangan dengan kerjasama ekonomi negara yang semakin mendalam dengan AS.
“Saya tidak melihatnya sebagai zero-sum (satu pihak untung,pihak lain rugi). Malaysia boleh mempertimbangkan kemungkinan bahawa terdapat manfaat ekonomi dalam beberapa keadaan apabila terlibat dalam BRICS,dan pada masa yang sama,mengukuhkan lagi hubungan ekonomi yang telah sedia mantap dengan AS,” katanya.
Beliau berkata “integrasi mendalam Malaysia dalam rantaian bekalan Barat,” terutama dalam sektor seperti semikonduktor,teknologi hijau dan pembuatan termaju adalah penting kepada daya tahan ekonomi dan daya saing global negara ini.
“Integrasi ini telah diperkukuhkan dengan ART,” kata beliau merujuk kepada perjanjian perdagangan yang dimeterai semasa lawatan rasmi Trump ke Malaysia pada minggu lepas.
Kagan menegaskan bahawa AS kekal komited untuk memperkukuh kerjasama ekonomi dua hala dengan Malaysia dan memastikan keyakinan pelabur yang berterusan.
“Presiden Trump gembira semasa berada di Malaysia.
“Beliau gembira kerana berpeluang untuk melihat sendiri Malaysia,dan dengan hubungan yang terjalin dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,kita dapat bekerjasama dengan baik,” katanya.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur