2025-11-03 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,2 November-Pasaran getah Malaysia dijangka didagangkan dengan kecenderungan menaik minggu depan selepas dirangsang oleh sentimen yang timbul daripada perbincangan perdagangan terbaharu antara Amerika Syarikat (AS) dan China,kata pakar industri Denis Low.
Perkembangan ini mungkin akan memberikankelegaan kepada peniaga dan mempengaruhi sentimen pasaran yang lebih positif,seterusnya,meningkatkan permintaan untuk komoditi itu.
"Dunia mula bernafas lega,ini pasti baik untuk perdagangan," katanya.
"Kami turut melihat semangat yang diperbaharui dalam usaha membeli dan menyimpan di hadapan musim monsun utara-timur laut," ujarnya kepada Bernama.
Beliau memberitahuJabatan Meteorologi Thailand telah mengeluarkan amaran ribut untuk selatan Thailand selepas cuaca hujan lebat mula terbentukakibat peralihan corak monsun.
Sementara itu,di Malaysia,Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran ribut petir untuk beberapa buah negeri,yang boleh menghalang produktiviti dan menimbulkan kebimbangan bekalan.
Dari Jumaat ke Jumaat,harga rujukan Lembaga Getah Malaysia untuk SMR 20 menurun sebanyak 17.5 sen kepada 731 sen sekilogram,manakala lateks pukal jatuh sebanyak 3.0 sen kepada 565.50 sen sekilogram. -BERNAMA
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur