2025-11-03 HaiPress

Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR,3 November -Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya OPEC+ memutuskan untuk meningkatkan pengeluaran minyak sebanyak 137,000 tong sehari (bpd) pada Disember.
Keputusan itu diumumkan selepas Arab Saudi,Rusia,Iraq,Emiriah Arab Bersatu (UAE),Kuwait,Kazakhstan,Algeria dan Oman mengadakan mesyuarat secara telesidang bagi menilai keadaan pasaran global serta unjuran ekonomi,menurut kenyataan OPEC.
''Pelarasan pengeluaran sebanyak 137,000 tong sehari merupakan peningkatan daripada pelarasan tambahan sukarela sebanyak 1.65 juta tong sehari yang diumumkan pada April 2023.
“Selepas Disember,berikutan faktor bermusim,lapan negara berkenaan turut memutuskan untuk menangguhkan peningkatan pengeluaran bagi Januari,Februari dan Mac 2026,” menurut OPEC dalam satu kenyataan.
OPEC menjelaskan bahawa jumlah pengeluaran ini boleh dikembalikan sepenuhnya atau sebahagiannya,bergantung kepada keadaan pasaran dan secara berperingkat.
Negara-negara terlibat akan terus memantau dan menilai keadaan pasaran dengan teliti,di samping menegaskan semula kepentingan pendekatan berhati-hati serta mengekalkan fleksibiliti penuh untuk menangguhkan atau membatalkan semula pelarasan tambahan pengeluaran sukarela.
Lapan negara tersebut dijadualkan bertemu semula pada 30 November untuk memutuskan tindakan susulan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur