2025-11-05 HaiPress

FOTO BERNAMA
KUALA LUMPUR,5 November - Harga tiket penerbangan ke Sabah pada musim perayaan dan isu jalan utama di Johor yang semakin sesak,antara perkara dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen,Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) bertanyakan Menteri Pengangkutan berhubung purata kos tiket penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Tawau,Sandakan dan Kota Kinabalu,Sabah pada musim perayaan sekiranya program harga maksimum RM499 tidak dilaksanakan kerajaan.
Beliau juga ingin tahu sama ada kementerian bercadang untuk mewajibkan syarikat penerbangan memaklumkan kepada pembeli jumlah subsidi tiket penerbangan yang diberikan pada sesi soal jawab lisan.
Pada sesi sama,Muhammad Islahuddin Abas (PN-Mersing) meminta Menteri Kerja Raya menyatakan kesediaan kementerian untuk menaik taraf lebuh raya dan jalan utama di Johor yang semakin sesak akibat pertambahan kenderaan serta pembangunan pesat di Iskandar Malaysia khususnya dalam menghadapi pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Turut menarik perhatian,soalan Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) kepada Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri berhubung jumlah projek pusat data yang diluluskan,unjuran penggunaan elektrik dan air serta strategi kerajaan mengimbangi pelaburan kecerdasan buatan (AI) dengan keselamatan sumber negara.
Usai sesi soal jawab,mesyuarat Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di peringkat jawatankuasa.
Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat berlangsung selama 35 hari hingga 4 Dis ini. -BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur