2025-11-05 HaiPress

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department
KUALA LUMPUR,5 November - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir,hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri sehingga pukul 10 pagi ini.
Keadaan cuaca itu dijangka berlaku di Perlis,Kedah,Pulau Pinang,Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Sarawak.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan,kawasan yang dijangka terjejas di Kedah ialah Langkawi,Kubang Pasu,Kota Setar,Pokok Sena,Kulim dan Bandar Baharu.
Manakala,Perak di Kerian,Larut Matang dan Selama,Manjung,Bagan Datuk dan Hilir Perak.
"Di Selangor pula,dijangka berlaku di Sabak Bernam,Kuala Langat dan Sepang,sementara di Negeri Sembilan di Port Dickson.
"Bagi di Sarawak kawasan terlibat meliputi Miri di Subis,Miri dan Marudi dan Limbang turut dijangka mengalami keadaan cuaca sama," menurut kenyataan itu.
Orang awam diingatkan sentiasa berwaspada kerana ribut petir,hujan lebat dan angin kencang berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan di kawasan terjejas.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur