2025-11-05 HaiPress

Foto FB Zahid Hamidi
SHANGHAI,5 November - Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke China mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dalam memperkukuh kepercayaan dan memacu inovasi negara.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata,lawatan itu turut diharap membuka peluang baharu yang akan membawa manfaat besar kepada rakyat kedua-dua negara.
"Alhamdulillah,saya telah selamat tiba di Shanghai bagi memulakan lawatan kerja rasmi selama empat hari dari 4 hingga 7 November 2025 bagi mempererat hubungan dua hala Malaysia-China serta memperkukuh kerjasama dalam sektor halal,Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta perdagangan,selaras dengan komitmen bersama ke arah New Golden Era of Malaysia-China Cooperation," katanya.
Menerusi perkongsian di Facebook rasminya,Timbalan Perdana Menteri memaklumkan,sepanjang lawatan itu,beliau dijadual menghadiri pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-8,serta merasmikan MIHAS Shanghai 2025 sebagai platform mempromosi industri halal Malaysia di pasaran global.
"Saya dijadual melawat Pavilion Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM) yang menjadi simbol kerjasama erat antara komuniti perniagaan Malaysia dengan China,serta menyaksikan beberapa pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara agensi dan syarikat Malaysia dengan peneraju industri di China,” katanya.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur