2025-11-05 HaiPress

Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Nancy Shukri / Foto RTM
KUALA LUMPUR,5 November - Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOK) terus memperkukuh peranan dalam memperkasa golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Menurut Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KPWKM),Datuk Seri Nancy Shukri,antara inisiatif yang dijalankan ialah melalui pelaksanaan program latihan ‘bengkel terlindung’,yang memberi peluang kepada OKU yang tidak mampu bekerja di luar untuk memasarkan produk mereka dan menjana pendapatan sendiri.
“Tapi kamilah yang menjadi orang tengah untuk menilai pekerja OKU ini. Kami berhubung dengan pihak yang mungkin boleh menawarkan pekerjaan dan itu antara pendekatan kami.
"Sebenarnya banyak lagi usaha yang dijalankan termasuk perbincangan serta kerjasama dengan NGO dan juga rakan di peringkat antarabangsa bagi memastikan golongan OKU yang mempunyai bakat ini dapat dibantu dan diberi peluang sewajarnya,” katanya ketika menjelaskan dalam sesi sidang Dewan Rakyat di Parlimen.
Tambah Datuk Seri Nancy,sasaran pengambilan sekurang-kurangnya 1 peratus pekerja OKU dalam sektor awam bukan sahaja menjadi matlamat JPOK,tetapi komitmen kerajaan dalam membina masyarakat secara inklusif.
Setakat ini,KPWKM menggajikan hampir 2 peratus pekerja OKU,melebihi sasaran yang ditetapkan
Insentif tersebut turut dilaksanakan dengan kolaborasi antara kementerian dan agensi berkaitan.
Selain itu,Malaysia turut memperkukuh kedudukan OKU ke luar negara apabila turut menyertai beberapa penyertaan dalam forum antarabangsa,yang menjadi paltform wakil OKU negara berkongsi pengalaman dan kepakaran bersama negara lain.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur