2025-11-05 HaiPress

GAMBAR HIASAN/RTM
KUALA LUMPUR,5 November -Kerajaan akan meneruskan inisiatif subsidi tiket penerbangan bagi laluan antara Semenanjung Malaysia,Sabah,Sarawak dan Labuan sempena musim perayaan.
Menteri Pengangkutan,Anthony Loke Siew Fook,berkata harga siling tiket penerbangan sehala bagi musim perayaan utama ditetapkan pada RM499,lebih rendah berbanding RM599 tahun lepas.
Jelas beliau,tempoh subsidi juga dilanjutkan kepada empat hari sebelum setiap perayaan utama seperti Tahun Baru Cina,Hari Raya Aidilfitri,Hari Gawai,Pesta Kaamatan dan Krismas.
"Ini bermaksud harga purata sebenar tiket penerbangan ialah RM1,007.00. Kerajaan telah mensubsidikan RM408 menjadikan harga maksimum yang dibayar oleh penumpang adalah RM599.
"Bagi tahun 2025 kementerian membelanjakan RM19.5 juta untuk mensubsidikan 39,744 tiket penerbangan iaitu RM491 untuk setiap tiket penerbangan yang layak dengan subsidi ini.
"Harga maksimum yang perlu dibayar oleh penumpang adalah RM499 walaupun purata harga sebenar adalah RM990",katanya di Parlimen hari ini.
Dalam masa sama jelasnya,Kementerian Pengangkutan sedang meneliti mekanisme terbaik untuk memaklumkan kepada penumpang jumlah sebenar subsidi yang ditanggung kerajaan bagi setiap tiket yang dibeli agar rakyat lebih memahami sumbangan dan tanggungan kerajaan dalam membantu meringankan kos perjalanan udara.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur