2025-11-05 HaiPress

FOTO BERNAMA
KUALA LUMPUR,5 November - Pembangunan semula Ibu Pejabat Polis (IPD) Matu Daro di Sarawak menjadi salah satu projek keutamaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi pelan strategik Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Timbalan menterinya,Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata,ia bertujuan bagi memperkukuhkan infrastruktur dan keselamatan masyarakat luar bandar.
Jelasnya,langkah penyelenggaraan secara berkala terhadap kemudahan asas di bangunan sedia ada kekal dilaksana bagi memastikan struktur bangunan kekal selamat untuk beroperasi.
"Jadi di peringkat ini,PDRM sedang menilai semua keperluan daripada segi tapak,reka bentuk bangunan dan kos keseluruhan agar pelaksanaan projek dapat dijalankan dengan lebih terancang dan yang penting adalah kita nak pastikan keperluan anggota,bangunan yang selamat dan keselamatan rakyat di kawasan jagaan," katanya.
Penyataan bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Igan,Ahmad Johnie Zawawi berhubung status balai polis berkenaan yang kini dalam keadaan uzur di sini.
Tambahnya,setakat ini PDRM turut mengoptimumkan peralatan dan penggunaan ruang bagi kelancaran operasi harian di balai sedia ada.
Antara yang telah dibaik pulih termasuklah bangunan kuarters,pendawaian semula,pembaikan bumbung,syiling dan bilik mesyuarat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur