2025-11-05 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,5 November - Mekanisme bagi memperluas bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan sebanyak RM400 menerusi inisiatif FLYSiswa kepada pelajar yang memerlukan di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS),akan dikenal pasti.
Jelas Menteri Pengangkutan,Anthony Loke,kaedah terbaik harus diteliti memandangkan kerajaan berdepan kekangan kewangan untuk melaksanakannya ketika ini.
Ia memandangkan langkah memperluas skop penerima inisiatif tersebut membabitkan peruntukan yang sangat besar.
"Bukannya kita tak mahu tetapi kita ada kekangan kewangan. Setiap pelajar menerima RM400,jadi kalau 100,000 pelajar,jumlahnya sudah mencecah RM40 juta. Ia bukan nilai yang kecil," katanya pada sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat.
Jelas Loke lagi,penerima inisiatif FLYSiswa ketika ini adalah pelajar kurang berkemampuan di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA),politeknik dan kolej perguruan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur