2025-11-05 HaiPress

Foto RTM
JOHOR BAHRU,5 November - Sebanyak tujuh laporan polis diterima sejak 31 Oktober hingga 4 November,termasuk daripada pihak syarikat perlombongan,susulan kes pencemaran Sungai Johor.
Ketua Polis Negeri,Datuk AB Rahaman Arsad memaklumkan,polis juga menerima laporan daripada penduduk di tiga perkampungan orang asli dan pihak pengendali air,RANHILL SAJ.
Siasatan dijalankan Jabatan Alam Sekitar,RANHILL SAJ serta Suruhanjaya PerkhidmatanAirNegara (SPAN).
“Berkaitan operasi,saya tidak dapat mengesahkan sepenuhnya,tetapi memang terdapat permit untuk mereka mengeluarkan pasir. Lesen itu dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian Kota Tinggi,jadi memang sah dan mempunyai kelulusan rasmi,” katanya.
Sejak hujung Oktober lepas,dilaporkan berlakunya pencemaran di Sungai Johor,berpunca daripada kolam cucian pasir pecah berdekatan Kampung Orang Asli Sayong Pinang yang menyebabkan gangguan bekalan air di empat daerah,melibatkan kira-kira 1.8 juta penduduk.
Dalam pada itu,EXCO Kerja Raya,Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri,Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata,permit bahan batuan syarikat terbabit turut digantung sementara.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 7A(1)(c) Enakmen Air 1921 (Pindaan 2014) dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur