2025-11-05 HaiPress

FOTO PEJABAT TPM
SHANGHAI,5 November - Setiap pertemuan dengan rakan strategik di China perlu diterjemahkan kepada keberhasilan,nilai dan peluang baharu yang memberi manfaat langsung kepada rakyat Malaysia.
Ini terutama terhadap rantaian nilai industri halal,pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET),serta kerjasama teknologi dan inovasi.
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan lawatan kerja ke China kali ini perlu berorientasikan hasil,bukan sekadar lawatan kerja semata-mata.
“Saya memulakan hari ini di Pudong,Shanghai dengan mempengerusikan sesi pre-council (pramajlis) bersama delegasi Malaysia bagi meneliti setiap agenda dan rangka lawatan agar berjalan lancar dan mencapai objektif yang disasarkan.
“Doakan agar segala urusan kami di sini dipermudahkan dan memberi manfaat besar kepada rakyat serta memperkukuh kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa. Insya-Allah,” katanya.
Terdahulu,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid mempengerusikan pramajlis bersama delegasi Malaysia di Shanghai,sebelum menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan Shanghai Jiao Tong University (SJTU).
Beliau kemudiannya dijadual menghadiri Majlis Perasmian Pusat Informasi CIDBH.
Untuk rekod,Malaysia dan China telah menjalinkan hubungan diplomatik sejak 31 Mei 1974.
China merupakan rakan dagang Malaysia yang terbesar untuk 16 tahun berturut-turut sejak dari 2009.
Nilai dagangan antara Malaysia dan China adalah RM484.12 bilion pada tahun 2024,yang menyumbang kepada 16.8 peratus nilai perdagangan global Malaysia,RM2.879 trilion.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur