2025-11-05 HaiPress

Foto BERNAMA
GUA MUSANG,5 November - Projek mekanisasi ladang menggunakan jentera traktor yang diusahakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Chiku 7 di Gua Musang,Kelantan mampu menjana pendapatan sehingga RM48,000 setahun.
Ketua Peneroka Felda Chiku 7,Razali Awang Mohamed Hanapiah,65 tahun berkata,projek itu bukan sahaja memberi pulangan pendapatan kepada JKKR sebanyak RM4,000 sebulan,tetapi juga membantu peneroka meningkatkan produktiviti dan hasil ladang.
Jelasnya,pihaknya membuat permohonan dana RM100,000 bawah inisiatif Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI),bagi membeli dua buah traktor jenis Kubota.
"Penduduk Kampung Chiku 7 yang tinggal di kawasan ladang berbukit telah menerima manfaat daripada program Sejati Madani. Dua buah kenderaan telah dibeli dengan kos RM100,000 bagi memudahkan kutipan buah,terutama di kawasan jalan yang sukar dilalui," katanya.
Sementara itu,menurut Pengurus Felda Chiku 7,Mohd Qasidinoor Mohd Asri Projek,SejaTi MADANI membawa perubahan kepada kehidupan peneroka.
"Melalui mekanisasi ini,pendapatan JKKR dijangka mencapai RM2,000 seunit sebulan dan dengan 2 unit yang dimiliki,jumlah pendapatan adalah RM4,000 sebulan atau RM48,000 setahun.
"Program ini adalah inisiatif kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,yang menyediakan alat dan peralatan bagi membolehkan penduduk menjana pendapatan sendiri," katanya.
Bagi Penerokan Felda Chiku 7,Noor Asmani Jusoh juga berpendapat,peralatan tersebut menjimatkan tenaga dan masa serta membolehkan mereka menyelesaikan kerja dengan lebih efisien.
"Dengan bantuan peralatan ini,aktiviti penggalian lubang menjadi lebih mudah dan cepat,tanpa perlu menggunakan tenaga fizikal yang banyak seperti sebelum ini," katanya.
Tambahnya,penduduk amat berterima kasih kepada Kerajaan MADANI dan FELDA atas bantuan tersebut,terutamanya bagi golongan yang lebih berusia.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur