2025-11-05 HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,3 November - Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) menerbitkan Soalan Lazim berkenaan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat.
MITI dalam kenyataan memaklumkan,Soalan Lazim itu boleh diakses menerusi pautan di laman mikro khas,www.miti.gov.my/ART.
Laman ini berfungsi sebagai rujukan tunggal untuk rakyat Malaysia dan pemain industri dalam mendapatkan maklumat yang tepat,jelas dan sahih mengenai perjanjian ART yang baru dimeterai antara kedua-dua negara.
''Soalan Lazim tersebut merangkumi perkara seperti rasional di sebalik Perjanjian ART Malaysia–AS,penegasan terhadap kedaulatan negara,peranannya dalam melindungi pekerjaan rakyat serta peluang untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam ekosistem pembuatan dan eksport ke Amerika Syarikat.
''Penjelasan yang disediakan turut memberi jaminan kepada perniagaan dan pengeksport selain penerangan mengenai peruntukan melibatkan sektor-sektor tertentu,'' jelas MITI dalam kenyataannya,hari ini.
Laman tersebut turut memuat naik kenyataan rasmi,ucapan dan bahan rujukan untuk pembacaan serta analisis yang lebih mendalam.
Bagi pertanyaan teknikal mengenai ART pula,soalan berkaitan boleh dihantar menerusi e-mel ke ART Helpdesk di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur